ini tudung ct anak tudung dan tudung diluar lain harga, anak tudung rm 5 dan tudung luar rm 4.
batu-batunya berkilauan macam harga mahal.
Jadi? berkenan? telefon segera
Wednesday, January 27, 2010
Thursday, January 21, 2010
Menilai diri 2
Dalam diri setiap insan yang bernama manusia ada nilai baik dan buruk, cuma kita sebagai manusia perlu mengawal kearah mana kita sebenarnya untuk membawa diri kita. Dalam sejahat-jahat manusia masih ada kebaikan yang ada jauh disudut hatinya dan sebaik-baik manusia masih ada kejahatan didalam dirinya. Penciptaan manusia adalah benar-benar sempurna, kejadian kita, takdir kita, perjalan hidup kita benar-benar sempurna.
Lihatlah dalam hati kita, cerminkan keadaan kita apakah kita layak untuk menilai manusia lain? sebenarnya kita langsung tidak layak kerana kita masih manusia yang tidak sempurna. Kita hanya mampu melihat dan menjadikan ia ikhtibar dalam diri kita sendiri, harini mungkin kita gembira melihat ada insan yang menangis kerana fitnah kita tapi apakah kita pasti kita tidak akan ditimpa malapetaka itu? apakah kita akan sentiasa berbahagia dalam melayari kehidupan kita? Hanya Allah yang tahu.
Oleh itu berhati-hatila...............

Friday, January 15, 2010
Rehat sebentar.....untuk menilai diri 1
Dalam melayari sebuah kehidupan didunia yang serba mencabarni kekuatan pegangan agama amatlah penting bagi menyelamatkan sebuah perjalanan yang penuh dengan tipu daya. Sebenarnya Allah meletakkan perjalanan dalam hidup kita adalah serba sempurna tapi kita sebagai manusia sering menyalahkan takdir seolah-olah kita mempertikaikan perancangan Allah dalam kehidupan kita sehari-harian, siapa kita dalam mempertikaikan semuani dan siapa kita yang hanya mampu berserah tanpa berusaha dan berdoa?.
Banyak yang kita pohon kepadaNya, banyak yang kita angankan! Semuanya perkara yang sempurna bagi kita tapi apakah kita pasti semuanya sempurna? TIDAKKKK kerana Allah lebih mengetahui dimana kesempurnaan itu. Kita mohonkan bunga yang cantik yang kembang tapi Allah memberi kita bunga yang baru berputik dan berduri, kita hanya mampu melihat dan menangis kerana apa yang kita harapkan tidak seperti apa yang kita inginkan. Namun andai kita menerima takdir Allah itu dengan redha dan kita lihat semua perkara dengan pandangan positif kita akan dapati bunga yang diberi kepada kita lebih cantik dari apa yang kita inginkan.
Selama mana mata masih terbuka selama mana nafas masih berdenyut masih ada harapan, masih ada masa untuk kita menilai diri sendiri. Kehidupan didunia sebenarnya perhentian sementara hanya untuk kita melepaskan lelah buat sementara sedang masih ada kehidupan kekal disana yang menunggu kita. Kadang-kadang sebagai manusia kita alpa kehidupan disana kerana kita mengejar kehidupan disini....

Subscribe to:
Posts (Atom)